Siakap Keli
Gambar: The Sun

(Video) Wanita 22 Tahun ‘Terperangkap’ Dalam Jasad Kanak-kanak 8 Tahun

Rupa boleh menipu! Pepatah ini sangat kena dengan seorang wanita yang berusia 22 tahun namun kelihatan seperti kanak-kanak 8 tahun. Disebabkan oleh itu, dia selalu di nilai oleh masyarakat sekeliling jika dia mengenakan solekan dan berpakaian seperti remaja 22 tahun.

Apa yang lebih menyedihkan adalah kerana bukan dia yang akan dimarahi tetapi ibunya yang akan ditegur kerana membenarkan ‘kanak-kanak’ bersolek, sedangkan dia sudah berumur 22 tahun.

Shauna Rae, mempunyai fizikal yang berbeza berbanding remaja lain seumurnya cuba untuk hidup secara normal sebaik mungkin. Ini termasuklah rasa mahu bersolek seperti remaja lain. Kerana, ianya tidak pelik bagi remaja wanita yang seumurnya mempunyai perasaan ingin kelihatan cantik dan kemas.

Namun melalui sebuah perkongsian di laman TikTok TLC, ibunya menerangkan bahawa apabila dia cuba untuk berlagak seperti remaja lain, orang akan memandangnya dengan pelik.

“Shauna suka berfesyen dan bergaya seperti remaja 22 tahun yang lain. Tapi bila kami keluar bersama dia selalu mendapat pandangan sinis dari orang luar seperti ‘Apa yang budak itu buat berpakaian seperti itu?’,” kata ibunya.

“Sebagai ibu pula, saya sering mendapat pandangan seperti mengatakan saya tidak tahu menjaga anak saya, ‘Macam mana awak boleh benarkan anak awak berpakaian sebegitu?’,” jelas ibunya lagi.

Akibat daripada apa yang mereka perlu lalui, Shauna sentiasa rasa serba salah dengan ibunya kerana terpaksa melalui semua tomahan itu.

“Ibu selalu cuba untuk menjelaskan pada mereka yang saya sudah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri tetapi mereka lebih memilih untuk tidak mempercayainya,” kata Shauna.

Lebih teruk, orang-orang yang tidak pernah mengenali mereka itu memanggil ibunya seorang penipu apabila dia hanya cuba mempertahankan hak anaknya.

@tlctv

Shauna talks about the unfortunate realities of wearing makeup in public 😞 #IAmShaunaRae #TLC

♬ original sound – tlc

Sumber: @tlctv

Zahirah