Siakap Keli
Gambar via Facebook

(Video) Penduduk Gempar, Angin Kuat Seakan Puting Beliung Landa Bukit Kayu Hitam Bikin Kecut Perut

Baru-baru ini, sempat tular sebuah rakaman video berdurasi kurang tiga minit yang menunjukkan fenomena angin kuat seakan-akan puting beliung, dikatakan berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.

Video yang diunggah di laman Facebook We Are Malaysians ini sempat mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 23.5 ribu kali di Facebook setakat ini.

Dalam video tersebut, keadaan angin kencang yang menerpa kawasan berkenaan telah menerbangkan barang-barang yang terdapat di sana.

Turut kedengaran suara wanita yang bertutur dalam dialek utara dipercayai perakam, meminta orang awam di tempat kejadian supaya ‘lari’ menyelamatkan diri.

Pun begitu, keadaan terlihat reda di akhir video. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada fenomena berkenaan melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

Sebelumnya, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di utara Semenanjung termasuk negeri Perlis dan Kedah sehingga jam 11 malam semalam.

 

 

Sumber: Facebook We Are Malaysians

Eyla Azri