Siakap Keli

Simpan Limau Kasturi Guna Cara Mudah Ini, Gerenti Tak Busuk & Boleh Tahan Lama

Limau kasturi merupakan salah satu buah yang mempunyai seribu satu kegunaan. Buah citrus dengan kombinasi rasa masam dan manis ini seringkali digunakan dalam masakan atau dibuat minuman.

Kebiasaannya, limau kasturi ni selalunya dibeli secara banyak kerana dijual secara timbang atau paket. Namun begitu, buah ini tidak dapat disimpan lama kerana cepat rosak. Rasa macam rugi pulak kan, sedangkan nak guna sebijik dua je dalam satu-satu masa.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Siti Fatimah Abas ini melalui Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) berkongsi tips untuk menyimpan limau kasturi supaya tahan lama. Sangat praktikal dan mudah untuk dibuat.

“Tahan lama, mudah diguna bila-bila masa”

Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus di kedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk.

Supaya ia tahan lama dan mudah diguna bila-bila masa untuk masak atau buat air, anda boleh simpannya seperti cara ni. Moga bermanfaat!

Gambar: Siti Fatimah Abas

1. Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti

Gambar: Siti Fatimah Abas

2. Guna penapis kopi pun boleh

Gambar: Siti Fatimah Abas

3. Nah dapat secawan!B

Gambar: Siti Fatimah Abas

4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais

Gambar: Siti Fatimah Abas

5. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku

Gambar: Siti Fatimah Abas

6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau Tupperware. Bila nak guna dah senang, tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.

Gambar: Siti Fatimah Abas

Senang je rupanya nak bagi limau kasturi ni tahan lama. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Siti Fatimah Abas via Masak Apa Hari Ni

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.