Siakap Keli
Kredit: Indo Zone

Mohon Kerja Jadi Cleaner, Pemuda Sebak Diterima Terus Sebagai Anggota Polis Gara-gara Hafaz 30 Juz Al-Quran

Seorang pemuda bernasib baik diberikan rezeki yang luas apabila berjaya mendapat peluang pekerjaan sebagai anggota polis, gara-gara sudah menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Menurut Indozone, pada awalnya pemuda berkenaan yang bernama Febri itu datang ke Balai Polis Jawa Timur untuk memohon kerja sebagai tukang cuci (cleaner) di bahagian Jabatan Pembinaan Masyarakat.

Setelah menunggu selama tiga jam, gilirannya (memohon kerja) pun tiba. Febri dikatakan bertemu dengan salah seorang pegawai polis di situ, iaitu Irpan Rosadi kira-kira pukul 10 malam.

Difahamkan, pegawai polis itu bertanyakan beberapa soalan kepadanya, dipercayai hal-hal berkaitan tujuan hidup dan kerjaya, namun jawapan yang diberikan sungguh menyentuh hati.

“Tujuan hidup saya nak jadi hafiz Al-quran, encik,” katanya.

Mendengar jawapan pemuda tersebut, pegawai itu mengajukan soalan berapa juzuk dalam Al-quran yang telah dihafaznya. Dimaklumkan, Febri telah pun menghafaz keseluruhan 30 juzuk Al-Quran.

Penerangan Febri telah membuatkan permohonannya untuk bekerja sebagai tukang cuci berubah sekelip mata. Mungkin tertarik dengannya, pegawai polis itu terus menerimanya bertugas sebagai anggota polis tanpa ujian.

“Kamu saya terima sebagai pegawai polis, tahun depan kamu akan mula latihan. Jadi tahun ini kamu kamu kerja bersihkan ruangan pejabat saya, ruangan lain biar anggota lain yang bersihkan.

“Setelah selasai, kamu boleh teruskan membaca Al-quran untuk saya.

“Jadi ubah tujuan hidup kamu menjadi polis, kerana tujuan hidup untuk menjadi penghafal Al-quran telah tercapai,” kata pegawai tersebut.

Sumber: Indo Zone

 

Faiz Mustafa