Siakap Keli
Gambar: BBC

Ireland Utara Kuat Kuasa Undang-Undang Larang Merokok Dalam Kereta Dengan Kanak-Kanak

Negara Ireland Utara dilaporkan telah menguatkuasakan undang-undang baharu yang melarang perokok merokok di dalam kereta ketika keberadaan kanak-kanak.

Undang-undang itu sekali gus telah meletakkan Ireland utara selaras dengan kawasan lain di UK dan Republik Ireland.

Selain daripada itu juga, merokok di dalam pengangkutan awam serta kenderaan kerja yang digunakan oleh lebih daripada seorang juga turut diharamkan.

Satu lagi undang-undang baharu yang melarang penjualan e-rokok dan produk penyedutan nikotin lain kepada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun juga dilaporkan telah berkuat kuasa.

Denda sehingga £2,500 (RM 14124.96) akan dikenakan oleh Police Service of Northern Ireland (PSNI) dan pegawai kesihatan alam sekitar sekiranya ada yang melanggar undang-undang itu.

PSNI berkata polis akan mengambil pendekatan mendidik, menasihat dan bukannya konfrontasi apabila menguatkuasakan undang-undang baharu itu sehingga akhir Februari 2022.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right