Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Baru-baru ini tular seorang bayi yang didakwa ditinggalkan ibunya bersendirian dalam keadaan serba tidak ‘sempurna’ sifat fizikal dan kesihatannya.
Hal tersebut pada asalnya dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Herman Sudil menerusi satu perkongsian di Facebooknya pada 30 Januari baru-baru ini.
Menurut Ustaz Herman, bayi tersebut yang dibuang ibunya itu disahkan buta, selain turut pekak dan berkemungkinan bisu.
“Sebelah matanya 100 peratus buta dan sebelahnya lagi 50:50.
“Mak seorang penagih dadah dan bila beranak buang anak macam gitu. Ada lagi tiga adik-beradik dan kakak yang sulung umur empat tahun takde saluran najis, kena operation.
“Saya menangis bila diberitahu oleh Ustaz Muhammad Azroy kes ini dan TBQ Amal akan berkerjasama dengan Rumah Perlindungan FQ untuk bantu besarkan anak syurga ini,” katanya dalam perkongsian itu.
Justeru, ketika itu pihak Ustaz Herman merayu kepada warga di sekitar Johor Bahru untuk tampil bantu dapatkan sumber susu ibu untuk bayi tersebut.
Menurut temubual ringkas Siakap Keli bersama Ustaz Herman, beliau memaklumkan bahawa punca bayi itu buta adalah didakwa akibat perbuatan ibunya sendiri.
“Dia jadi macam tu sebab ibunya seorang penagih dadah ketika mengandungkan dia.
“Kerana itulah penglihatan ia terjejas dan mungkin juga pendengaran juga terjejas,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.
Bagaimanapun menurutnya, pihaknya tidak perlu menunggu lama untuk bantuan tersebut kerana sudah ada pihak yang sudi tampil membantu.
Berdasarkan perkongsian di Facebook Ustaz Muhammad Azroy pada 31 Januari berikutnya, bayi tersebut sudah mempunyai ibu susuannya.
“Pagi tadi (ketika itu) pihak kami dari Rumah Perlindungan Kanak-kanak TBQ Amal Johor Bahru dan Fitrah Qaseh dah membawa baby Qiraana dan kakak beliau Icha ke Klinik Pakar Kanak-kanak Adda Heights untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah doktor pakar di sini baik tidak mengenakan sebarang caj dan beliau juga akan cuba mendapatkan susu badan (susu ibu) untuk membantu pembesaran Baby Qiraana,” maklum kenyataan tersebut.
Untuk maklumat selanjutnya mengenai bayi ini, boleh rujuk terus ke laman Facebook Ustaz Muhammad Azroy di sini.
Sumber: Facebook Ustaz Herman Sudil