Tengah memasak tiba-tiba gas habis kadang kala boleh buat mood jadi spoil nak masak, tambahan pula kalau masa tu tak ada tong gas spare.
Kalau benda terjadi kat korang, apa korang buat? Tinggal terus masakan atas dapur, atau cari cara lain nak sambung masak?
Peristiwa gas habis ni memang kadang-kadang tak terjangka. Tapi bagi lelaki yang dikenali sebagai Michael Yeremia ini, gas habis tak jadi penghalang untuk dia teruskan memasak.
Melalui akaun TikTok miliknya, lelaki ni memuat naik sebuah video menunjukkan dia sedang menggoreng telur mata kerbau di dalam kuali namun dalam keadaan gas terpadam.
Rupa-rupanya gas tiba-tiba habis semasa lelaki ini sedang menggoreng telur. Tak putus asa goreng telur sampai masak, lelaki ini menggunakan cara kreatif untuk menggantikan gas.
Michael bertindak meletakkan lilin di bawah kuali berisi telur mata yang sudah separuh masak dan membiarkan lilin itu memanaskan telur yang digorengnya.
Tak hanya menggunakan lilin biasa, Michael turut menyalakan lilin yang biasanya diletakkan di atas altar gereja untuk upacara keagamaan.
Idea Michael menggoreng telur dengan lilin ni boleh dikatakan menjadi setelah minyak di dalam kuali tersebut kelihatan menggelegak.
@michaelyeremia Minta bantuan Lord 🤣#viral #imaddictedto #beranda #berandatiktok #berandafyp #fyp #serunyaditiktok #foryoupage
“Idea cemerlang”
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut terhibur dengan idea bernas lelaki tersebut menyalakan lilin untuk goreng telur sampai masak dan menyifatkan buah fikiran Michael ini sebagai ‘idea cemerlang’.
Sumber: TikTok Michael Yeremia