Siakap Keli

Nak Simpan ‘IG Story’ Dengan Lagu Sekali, Ni Cara Mudah Korang Kena Ikut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi norma bagi setiap masyarakat untuk merakam detik-detik yang pernah mereka lakukan walaupun hanya merakam gambar meja.

Kini, ramai telah menggunakan Instagram untuk berkongsikan perkara yang mereka lakukan dan ada juga yang rakam video di bahagian Instagram Story.

Mana taknya, story tersebutlah akan buat kita mengimbas semula detik-detik menarik yang kita pernah lalui.

Akan tetapi, ada sesetengahnya berkata jika mereka simpan story tersebut, lagu yang disertakan sekali tidak dengar?

Macam mana nak buat ya? Haa, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, wanita ini ada berkongsikan dua cara menerusi akaun ciapan miliknya.

Cara Pertama Menyimpan Story IG

  1. Buka Instagram Story yang sudah disiarkan dan tekan More.
  2. Seterusnya, tekan Copy Link.
  3. Selepas itu, buka Google atau Browser yang anda gunakan dan taip storysaver.net.
  4. Masukkan link tadi dan tekan Download.

Kalau anda tidak boleh guna cara di atas, anda boleh menggunakan cara kedua ini.

  1. Buka Direct Message di Instagram dan taip nama akaun anda.
  2. Tekan logo kamera yang berwarna biru
  3. Muat naik Instagram Story anda dan pilih lagu yang anda mahukan.
  4. Seterusnya, tekan KEEP IN CHAT.
  5. Tekan lama-lama di video yang sudah dimuat naik tersebut
  6. Akhir sekali, tekan More dan Simpan.

Sumber : Twitter anisssurayaaa

Fathin Nadzira