Siakap Keli
Foto: Mydramalist

Umur Baru 24 Tahun, Kenali Watak Zombi ‘Paling Liat Nak Mati’ Dalam Siri All Of Us Are Dead

Bila sebut sahaja nama Yoon Gwi Nam pasti ada yang ‘berdendam’ atau ‘marah’ dengan watak ini dalam drama bersiri All of Us Are Dead kan? Mana taknya, dia ini seorang pembuli tegar di sekolah berkenaan.

Selepas dibaham zombi, beliau tidak bertukar menjadi zombi yang ganas malah dia menjadi seperti manusia biasa dengan kekuatan luar biasa dan paling liat nak mati. Dua, tiga kali jatuh dari tempat tinggi, kena tikam pun tak mati.

Yoo-In-Soo salah seorang pelakon dan model Korea Selatan yang semakin meningkat nama dalam bidang seni ini. Walaupun watak yang dibawanya sangat menjengkelkan namun dengan kepakaran membawa watak membuatkan pelakon yang berusia 24 tahun ini mendapat pujian ramai. Dia memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak tahun 2017 lagi.

Ini sedikit sebanyak biodata Yoo-In-Soo

Nama sebenar: Yoo In Soo
Nama panggilan: Yu in Su, Yu In Soo, Yoo In Su
Negara: Korea Selatan
Tarikh Lahir: 25 Mac 1998

Setiap lakonan yang dibawanya akan mendapat ‘rating’ lebih dari 8.5 bintang daripada seluruh penonton K-drama. Hebatkan?

Untuk pengetahuan semua, drama bersiri All of Us Are Dead ini bukan drama pertama dia memegang watak sebagai pembuli kerana dalam drama bersiri Sweet Revenge, dia memegang watak sebagai ahli kumpulan yang suka membuli rakan sekolah.

Ini antara drama dan filem yang pernah dibawanya selain All of Us Are Dead (2022), At A Distance, Spring is Green (2021), Stranger 2 (2020), Chocolate (2019-2020), Love Alarm (2019), At Eighteen (2019), Mama Fairy and the Woodcutter (2018), ID: Gangnam Beauty (2018), Life (2018), Sweet Revenge (2017), Avengers Social Club (2017), School 2017 (2017), While You Were Sleeping (2017) dan Strong Woman Do Bong-Soon (2017).

Sumber: Mydramalist

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.