Siakap Keli
Gambar via TikTok

(Video) Seram, Lelaki ‘Solo Camping’ Rakam Suara Misteri Dari Luar Khemah Cuba ‘Pancingnya’ Masuk Sungai

Berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang sangat popular terutamanya dalam kalangan pencipta alam.

Selain mendedahkan kita kepada alam semula jadi, aktiviti perkhemahan juga sangat menyeronokkan, apatah lagi bila dilakukan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan.

Namun lain pula ceritanya dengan lelaki dari Indonesia, pemilik akaun YouTube Jely Official ini. Dia lebih memilih berkhemah seorang diri berbanding berkumpulan.

Siapa sangka pilihannya itu telah membuatkan dia ‘ditemani’ oleh entiti misteri yang seakan-akan memanggil dirinya dari luar khemah.

Dalam potongan video berkenaan, kedengaran suara misteri yang seakan-akan memanggilnya ‘Dik’ beberapa kali tanpa menunjukkan wujud. Menurutnya, sosok tersebut ingin ‘memancing’ dirinya masuk ke dalam sungai.

Lelaki berkenaan kemudiannya dilihat terkumat-kamit membaca ayat suci sambil berdiam di dalam khemah. Gangguan bagaimanapun tak berhenti di situ setelah khemahnya disiram dari luar.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut, namun begitu ianya telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 4 juta kali.

@waktuindonesiahorror

Creepy banget kan suaranya mbah nya mbak kun 😳 #fyp #gagaldiet2x #xyzbca #horror #penampakan #kuntilanak #horor #ghost

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Sumber: TikTok Waktu Indonesia Horror

Eyla Azri