Siakap Keli
Kredit: Daily Star

(Video) Kecoh Rakaman Cahaya Hijau Didakwa UFO, Pakar Yakin Makhluk Asing Datang Melawat Bumi

Seorang wanita dari Taiwan mendakwa bahawa beliau telah berjaya merakam beberapa kilauan hijau yang dipercayai UFO di ladang ternakan di Taitung, Taiwan.

Dalam masa sama, penemuan itu dipercayai ‘disahkan’ oleh pakar UFO, Scott C. Waring yang mendakwa bahawa itu adalah bukti bumi dilawati oleh ‘makhluk asing’.

Menurut Daily Star, sinaran hijau tersebut dirakam sedang beterbangan di sekitar ladang ternakan tersebut di Taiwan.

Scott C. Waring berpendapat bahawa kilauan hijau tersebut muncul dari celahan awan dan berkeliaran di udara selama lebih kurang empat minit.

“Individu yang mengaku bahawa dirinya pakar tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah pesawat tentera, malah ia adalah milik makhluk asing yang datang melawat bumi,” katanya.

Waring berkata, video yang dimuat naik oleh wanita tersebut menunjukkan terdapat enam buah UFO berjaya dirakam yang keluar dari celahan awan secara serentak.

“Video tersebut yang dirakam oleh dua orang perempuan yang bersiar-siar di kawasan ladang mula viral di Taiwan. Tanpa pusat beli belah yang besar atau bandar besar yang berdekatan,” katanya.

Sumber: Daily Star

 

Faiz Mustafa