Siakap Keli

(Video) Pegawai Polis Diangkat Sebagai ‘Hero’, Korbankan Diri Demi Selamatkan Budak Dari Dilanggar Kereta

Seorang pegawai polis di Timur Laut, Maryland digelar sebagai hero kerana tindakan pantasnya menyelamatkan seorang pelajar sekolah menengah daripada dilanggar oleh sebuah kereta.

Memetik portal WUSA90, kejadian tersebut telah dirakam oleh kamera yang berada di dalam sebuah bas sekolah.

Dalam video itu, pengawal tersebut dilihat melangkah masuk ke persimpangan untuk menghentikan lalu lintas manakala seorang pelajar dari Sekolah Menengah Timur Laut menyeberangi laluan pejalan kaki di situ.

Ketika itu, sebuah kereta dilihat menghampiri persimpangan dan apabila  menyedari kereta tersebut tidak berhenti, pengawal tersebut menyelamatkan pelajar itu dengan menolak mangsa ke tepi jalan dan ‘mengorbankan’ dirinya.

Pegawai Eksekutif Daerah Cecil, Danielle Hernberger telah berkongsi video itu di Facebook miliknya pada Jumaat. Menurutnya, pengawal tersebut dikenali sebagai Koperal Annette Goodyear dari Jabatan Polis Timur Laut.

Selepas dilanggar, pelajar dan pemandu kereta dilihat memeriksa keadaan Goodyear semasa dia sedang terbaring di atas jalan. Dia mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Pegawai dari Jabatan Polis Timur Laut, Koperal John Fakner berkata mereka sangat berbangga dengan tindakan yang dilakukan oleh Goodyear itu.

“Ia adalah tindak balas spontan yang menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada kecederaan, ia satu kerja yang baik,” katanya.

Sementara itu, pemandu kereta telah didakwa atas beberapa kesalahan lalu lintas termasuk memandu secara cuai.

Sumber: WUSA90

Sofea

There's always another side to every story