Siakap Keli

(Video) “Jangan Tahan-Tahan Yer..”, Netizen Teruja Gadis ‘Offshore’ Kongsi Tandas Atas Pelantar, Terus ‘Buang’ Ke Laut

Seperti yang kita tahu kebanyakan pekerja yang berada di tengah laut ialah lelaki. Masakan tidak, kawasan kerja dan persekitaran berisiko tinggi memang layak menjadi tempat untuk seorang lelaki yang dianggap gagah.

Amat jarang kita dapat lihat perempuan yang berada di tengah laut itu. Hal itu kerana perempuan mungkin dianggap tidak mampu untuk membuat kerja-kerja berat yang biasanya dilakukan lelaki. Tapi rasanya itu semua pemikiran orang ‘dulu-dulu’.

Kini, kita dapat lihat banyak tugas lelaki orang perempuan mampu lakukan yang biasanya sering dianggap mustahil. Ini termasuklah kerja-kerja ‘offshore’ di atas pelantar yang berada di tengah laut itu.

Tapi pernah terfikir tak macam mana pekerja ‘offshore’ perempuan membuang air kecil atau besar mereka di tengah laut itu? Adakah mereka berkongsi tandas dengan lelaki? Tertanya-tanya bukan?

Menerokai akaun Tiktok saudari Riska, beliau kongsikan tandas yang digunakan oleh pekerja perempuan. Apa yang dapat dilihat, tandas tersebut adalah sama seperti yang dikongsikan oleh para ‘offshore’ lelaki.

“Ala-ala toilet atas sungai kat kampung tu, ladies yang minat offshore sanggup ke tak? Jangan  tahan-tahan ye, nanti kena batu karang! Haha” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh tonton video yang kami kongsikan di bawah ni.

@riskabaker

Ala2 toilet atas sungai kat kampung tu. Ladies yg minat offshore tu sanggup ke x? 😆 jgn tahan2 ye, nnt kena batu karang! Haha

♬ Funny Song – Cavendish Music

Apa kata netizen

Sementara itu pelbagai reaksi berbeza dilontarkan netizen menerusi ruangan komentar dalam video tersebut. Kebanyakannya berasa teruja melihat realiti tandas pekerja offshore di tengah laut.

Malah tidak kurang juga ada yang menulis komentar lawak yang bikin menggeletek hati. Jom kita layan komentar menarik di bawah ini.

“Saya tak berak sambil main phone..”

“Bayangkan tahi jenis cirit, pastu….”

“Aku okey je berak asalkan….”

“Lepas melabur, ikan makan, ikan ditangkap…..”

“Ehh muntah paus lahh”

 

Sumber: Tiktok Riska

Faiz Mustafa