Siakap Keli
Gambar: FB Izmirov Yaminovich

Hebat, Anak Malaysia Berjaya Hasilkan Enjin Roket Pendorong Cecair Komersial Pertama Di Asia Tenggara

Sebuah Enjin Roket Pendorong Cecair Komersial Pertama Asia Tenggara yang telah dikuasakan oleh Propelan Kriogenik telah dibangunkan dan direka di Malaysia.

Menerusi sebuah perkongsian oleh Ketua Pengarah Independece X Aerospace, Izmirov Yaminovach di laman Facebook beliau, beliau telah berkongsikan sebuah maklumat berkenaan enjin roket yang dibina di negara kita itu.

Enjin tersebut diberi nama LREC1 (Enjin Roket Cecair-Cryogenis 1). Ujian Penerbangan Tembakan Panas dan Pelancaran Penerbangan Enjin Roket akan dijalankan dalam tahun ini bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (Malaysian Space Agency – MYSA).

Ujian penerbangan dan pelancaran enjin tersebut akan dilakukan di sana sekali gus meraikan penggubalan Undang-undang Angkasa Negara yang baru digubal dan mendapat sijil daripada SIRIM dan CAAM.

 

 

Enjin tersebut dibangunkan  sebagai sistem pendorong prekursor kepada DNLV (Dedicated Nano Launch Vehicle) yang akan berfungsi sebagai pelancar satelit komersial untuk pasaran satelit kecil, mikro, nano, dan Femto global.

Selain itu, beliau turut berkongsi berkenaan ujian fisiologi angkasawan dan kemudahan latihan di Agensi Angkasa Eropah (ESA)  yang mengambil tempat di Toulouse, Perancis.

Ketua Pengarah Independence X Aerospace itu turut menyatakan bahawa program tersebut merupakan salah satu komponen penting untuk menghantar angkasawan berangkat ke angkasa lepas.

Syarikat beliau juga pernah memperkenalkan sebuah satelit terkecil di dunia yang diberikan nama sebagai GerhanaSAT. Ia bertujuan untuk menyediakan pautan komunikasi kepada Drone dan loT di sekitar khatulistiwa untuk dilancarkan ke angkasa lepas sebagai buruj di Orbit Bumi Rendah (Low Earth Orbit).

Kredit: FB Izmirov Yaminovich
Kredit: FB Izmirov Yaminovich
Kredit: FB Izmirov Yaminovich

Sumber: FB Izmirov Yaminovich

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.