Siakap Keli

(Video) Dipapah Saat Lihat Jenazah Anak Dikebumikan, Suasana Hiba Iringi Majlis Pengebumian Rayan

Pemergian Rayan Awram, kanak-kanak Maghribi yang terperangkap berhari-hari di dalam sebuah telaga sedalam 32 meter cukup memberi kesan mendalam kepada masyarakat dunia.

Rayan yang meninggal dunia pada usia lima tahun dikebumikan semalam di daerah Ighran, dekat Chefchaouen di utara Maghribi.

Pengebumian Rayan yang penuh emosi itu turut dihadiri ratusan penduduk bagi memberi penghormatan terakhir kepada kanak-kanak tersebut.

Menerusi rakaman di kawasan pengebumian, terdengan laungan ‘Allahuakbar’ dan ‘LailahaillAllah’ bergema memenuhi setiap ruang ketika jenazah Rayan dikebumikan.

Bapa kepada Rayan, Khaled Aourram dan ibunya Wassima Kharchich ketika ditemui media tempatan di tanah perkuburan berkata ‘Semoga Tuhan bersama anak saya.’

Menurut laporan Daily Mail, dua khemah besar didirikan di depan rumah keluarga Rayan untuk membolehkan penduduk setempat memberi penghormatan terakhir kepada Rayan.

Turut berdukacita atas pemergian kanak-kanak ini adalah pemain bola sepak anatarabangsa dari Maghribi, Abderrazak Hamdallah.

Pemain kelab bola sepak Al-Ittihad itu turut menawarkan untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga berkenaan dengan harapan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

Sumber: Daily Mail

Eyla Azri