Siakap Keli
Gambar: FB Shila Amzah via Awani

Shila Amzah, Suami Sah Bercerai

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah dilapor telah sah bercerai dengan suaminya, Haris Idraki Elias hari ini.

Shila memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian ringkas di laman Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, kes Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulis kapsyennya pada gambar dipercayai pejabat agama yang dimuat naik di Instagram itu.

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan kata-kata pilunya mengenai situasi pilu itu menerusi ruangan Insta Story.

“Semua orang berkahwin adalah untuk mencari kebahagiaan. Tiadalah orang dalam dunia ni yang kahwin untuk bercerai..berpisah.

“Apa juga kemungkinan dan apa juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita tu pasti ada hikmah dia,” katanya tenang.

Mengimbas kembali, rumah tangga Shila dan Haris dipercayai retak apabila kedua-dua pasangan itu tidak lagi sebumbung selama dua bulan, memetik laporan Awani pada 21 Disember lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Sumber: Instagram Shila Amzah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'