Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan/Bernama

”Paling Banyak Derita Di Mahkamah Isteri Yang Suri Rumah” – Peguam Syarie

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di zaman yang serba moden ini, kebanyakan golongan isteri mempunyai kerjaya sendiri dan dalam masa yang sama tetap bertungkus-lumus menjaga rumah tangga dengan sebaiknya.

Kadang kala, ada sesetengah isteri yang bekerja untuk menampung keperluan keluarga dan meringankan beban suami.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular mengenai isu seorang lelaki yang mendakwa bahawa isteri yang bekerja sebenarnya melakukan persediaan untuk bercerai kelak.

Ia mendapat pelbagai reaksi dari warganet terutamanya di laman Twitter.

Turut mengulas isu itu adalah peguam Syarie, Atikah, yang berkongsi mengenai kes-kes berkaitan isteri yang bercerai hidup atau mati dan kesannya apabila isteri yang ditinggalkan tidak mempunyai pendapatan sendiri.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Paling banyak derita isteri yang suri rumah

Ada saya terbaca lelaki mengatakan isteri bekerja/mncari harta ni sebeb berkahwin untuk bercerai. Maksudnya persediaan untuk bercerai.

Saya dah lihat banyak penderitaan para isteri di mahkamah. Paling banyak derita isteri yang suri rumah, tak ada pendapatan, tak ada harta.

Suami tinggalkan isteri terkontang kanting dengan anak-anak. Nafkah anak kalau bernasib baik, ada la si suami tu bagi sikit tu pon kadang tak cukup, kalau terlebih bagi nafkah tu jarang la saya dengar.

Tak bernasib baik, suami buat tak tahu langsung nafkah anak. Isteri pon terpaksa tagih simpati mak ayah tolong tanggung makan minum anak sebab dia sendiri tak bekerja. 

Bukan setakat tu, kadang nak pergi mahkamah dapatkan hak sendiri dan anak-anak pon takde duit. Yela, dah suri rumah 100%  jaga anak-anak kat rumah je, mana nak ada duit.

Kesian tu sampai boleh menitik air mata kita tengok. Patut ke cakap isteri yang bekerja ni sebab harapkan penceraian? Lagi satu penceraian ni bukan cerai hidup sahaja, cerai mati tu dah confirm.

Nanti kalau suami meninggal, macam mana dengan anak-anak, isteri tak ada duit sebab suri rumah je. Harapkan waris tanggung ntah nak tanggung ke tak, diorang pon ada anak dan keluarga untuk disuap.

Saya memang menggalakkan para isteri bekerja dan carilah pendapatan sendiri. Cerai mati itu pasti. Hati manusia pula milik Allah, sering berubah.

Para isteri jangan hanya melahirkan anak tapi takde perancangan untuk kebajikan dan pendidikan anak.

Sumber: Peguam Syarie Atikah

Sofea

There's always another side to every story