Siakap Keli
Gambar: Google

Kisah Pembunuh Kanibal Jepun, Pernah Makan Kawan Sendiri Dan Dibebaskan

Sekitar tahun 1980-an, dunia pernah digemparkan dengan kes pembunuhan berunsur kanibalisme yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Jepun terhadap seorang wanita di kota Paris.

Lelaki kelahiran Kobe, Jepun pemilik nama Issei Sagawa ini telah melakukan aksinya semasa melanjutkan pengajian dalam bidang kesusasteraan di Paris. Sagawa dilaporkan turut memakan daging mangsa yang juga rakan sepengajiannya.

Gambar: Google

Menurut portal All That’s Interesting, Sagawa telah membunuh dan memperkosa mayat mangsa sebelum menyiat daging mangsa untuk dimakan. Sebahagian daging tersebut turut dibekukan manakala bahagian-bahagian lain seperti kepala, kaki dan batang tubuh mangsa dimasukkan ke dalam dua bagasi untuk dibuang.

Pun begitu, percubaan Sagawa untuk membuang sisa tubuh mangsa gagal setelah beberapa orang awam melihat titisan darah keluar dari bagasi berkenaan. Sagawa kemudian ditangkap pihak polis di Perancis dan terus mengakui perbuatannya sebaik sahaja disoal siasat.

Gambar: All That’s Interesting

Tidak layak ke persidangan, Sagawa dibebaskan

Sagawa sempat berada di penjara Perancis sementara menunggu hari persidangannya. Namun setelah dua tahun penantian, Sagawa disahkan mempunyai masalah mental dan hakim memutuskan dia tidak layak ke persidangan.

Pertuduhan ke atas Sagawa kemudiannya digugurkan atas faktor tersebut dan dia diarahkan tinggal di institusi mental. Sagawa diterbangkan pulang ke Jepun untuk menjalani seluruh hidupnya di hospital mental.

Setibanya Sagawa di Jepun, dia bagaimanapun tidak tinggal lama di institusi mental dan kini bergerak bebas seperti manusia normal. Hal ini kerana, dakwaan terhadap Sagawa di Perancis telah digugurkan sementara Sagawa tidak mempunyai masalah hukum di negara asalnya.

Kerajaan Jepun tidak mempunyai pilihan selain membebaskan Sagawa kerana dokumen-dokumen mahkamah berkait kes Sagawa di Perancis adalah sulit dan tidak didedahkan kepada pihak berkuasa Jepun.

Rancang makan daging manusia sebelum meninggal dunia

Setelah keluar dari ‘penginapan’ sementaranya di Hospital Psikiatri Matsuzawa pada Ogos 1986, Sagawa kekal bebas di bandar raya Tokyo hingga hari ini. Malah dia turut menerbitkan 20 buah buku dan menulis review restoran untuk salah satu majalah di Jepun.

Gambar: Google
Gambar: Google

Bercakap tentang ‘seleranya’ terhadap daging manusia, Sagawa mengaku masih mempunyai keinginan tersebut dan merancang memakan seseorang sebelum dia menutup mata, lapor All That’s Interesting.

Gambar: All That’s Interesting

Sagawa kali terakhir dilaporkan tinggal bersama adik lelakinya dan dikatakan pernah terkena serangan jantung sebanyak dua kali pada tahun 2015. Sagawa yang kini sudah berusia 73 tahun turut menghidap penyakit diabetes.

Dalam sebuah wawancara pada tahun 2018 bersama Sagawa dan adik lelakinya, Sagawa pernah ditanya oleh si adik, “Sebagai adik, adakah awak akan makan saya?” Namun persoalan tersebut dibalas sepi diikuti tatapan kosong oleh Sagawa.

Sumber: All That’s Interesting

Eyla Azri