Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Berang Tak Dibenar Guna Internet Kerana Keputusan “Exam” Teruk, Remaja Tembak Mati Mak Ayah & Adik Sendiri

Seorang remaja lelaki telah didakwa menembak kedua ibu bapanya, serta adik lelakinya, sehingga mati selepas mereka melarangnya daripada menggunakan internet.

Pihak polis telah menahan seorang budak lelaki yang berusia 15 tahun di Coata Blanca kerana disyaki menembak ibu, bapa, dan adik lelakinya yang berusia 10 tahun.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kerana ibu bapa kepada remaja tersebut melarangnya daripada menggunakan internet kerana dia mendapat keputusan peperiksaan yang teruk di sekolah, kata pihak polis di sana.

Menurut laporan Daily Star, remaja tersebut tinggal bersama mayat ahli keluarganya selama tiga hari sebelum didakwa mengaku melakukan jenayah tersebut.

Remaja tersebut dikatakan menggunakan senapang memburu yang terdapat di rumahnya untuk menembak ibu dan adiknya sebelum dia menembak bapanya setelah dia tiba di rumah.

Sumber tempatan turut melaporkan yang dia mengaku atas kesalahan yang dilakukan selepas seorang jiran bertanya akan keberadaan ibubapa dan adiknya dengan memberitahu mereka, “Saya bunuh mereka beberapa hari yang lalu.”

Rumah tersebut ketika ini telah ditutup untuk tujuan siasatan. Malahan menurut sumber lain pula, mayat keluarga tersebut ditemui oleh dua ibu saudaranya yang disembunyikan di dalam bangsal selepas mereka menyiasat apa yang berlaku.

Sumber: Daily Star

Zahirah