Siakap Keli

Pengurus Kanan KWSP Ditemui Meninggal Dunia Dalam Keadaan Bersujud Ketika Solat Dhuha

Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemukan meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha di kediamannya di Segambut pada Isnin.

Memetik dari laporan Utusan, lelaki berkenaan merupakan Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditemukan oleh rakan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 10 pagi.

Difahamkan, arwah sangat aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit kerana mengalami demam sejak beberapa hari lepas.

Menurut laporan daripada Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang datang ke rumahnya untuk memberi makanan.

Jelas rakannya, apabila masuk ke dalam bilik mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dengan keadaan bersujud dan memakai jubah putih.

Bagaimanapun, jenazah telah di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat bakal dijalankan hari ini.

BACA: “Sewa, Bukan Beli?,” TUDM Sewa 4 Helikopter Leonardo AW 139, Rupanya Ini Sebabnya

Sumber: Utusan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.