Siakap Keli
Gambar: Aaron Aziz/Kosmo

(Video) “Hanya Allah Tahu Apa Yang Saya Rasa,” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor Yang Makin Membesar

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar.

Menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram, pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI.

Menurutnya, dia juga sebenarnya perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan tetapi terpaksa menangguhkannya kerana masih mempunyai banyak projek.

“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit.

“Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.

Tambahnya, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tumor itu semakin membesar.

Pelakon itu juga meletakkan #cervicalspondylosis iaitu nama bagi penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang merupakan sejenis tumor yang terbentuk dalam sistem saraf.

Sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital, lapor Kosmo.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Sementara itu, menjengah di ruangan komen Instagram, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesembuhan buatnya.

Sumber: aarondwiaziz

Sofea

There's always another side to every story