Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: Bersedia, Khairy Bakal Umum ‘Sesuatu’ Petang Ini

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media khas pada pukul 5 petang hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana saluran rasmi lain.

Jangan lupa saksikan live Menteri Kesihatan Malaysia pada petang ini.

“Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM,” tulis KKM

Sumber: KKM

Nadhirah