Siakap Keli

(Video) Penduduk Dakwa Pokok Mangga Keluarkan Suara ‘Misteri’, Ini Jawapan Pihak Polis

Satu video yang didakwa memaparkan pokok mangga mengeluarkan suara misteri tular di Indonesia beberapa hari lalu, lapor Detik News.

Dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara itu, penduduk di situ mendakwa bahawa pokok mangga itu mengeluarkan suara seperti orang bernafas.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang penduduk menghampiri pokok mangga itu dan cuba mendengar bunyi dari pokok itu pada jarak dekat.

“Ini guys, pokok itu bernafas,” kata seorang penduduk yang merakam video itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Minahasa Tenggara, AKBP Rudi Hartono berkata pihaknya tidak mengesahkan video tular itu dan meminta penduduk agar tidak mempercayai perkara tersebut.

“Jangan mudah terpengaruh dengan berita palsu,” katanya kepada Detik News.

Ujarnya, pokok mangga tidak mungkin akan mengeluarkan bunyi pernafasan, lebih-lebih lagi seperti bunyi manusia.

“Tetapi pokok itu juga mungkin boleh mengeluarkan suara manusia, jadi kami perlu periksa dahulu,” katanya.

Dia juga berkata pihaknya kini sedang menyiasat video tular itu dan mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan ia direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Detik News

Sofea

There's always another side to every story