Siakap Keli

(Video) Tertanya-tanya Nak Jolok Hidung Sampai Mana? Doktor Tunjuk Cara Nak Guna “Nasal Swab” Sendiri

Sekarang, ramai yang sudah mula melakukan ujian pengesanan bagi Covid-19 sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.

Namun, ada sesetengah orang yang tidak berani untuk menggunakan kit ujian calitan hidung kerana kata mereka ia lebih ‘seram’ bila dilakukan sendiri.

Mana taknya ia nampak ngeri apabila kapas kesat yang panjang dimasukkan jauh ke dalam rongga hidung yang mana keadaannya sudah pasti tidak begitu selesa.

Jadi, hari ini SK nak kongsikan dengan korang satu video tentang cara penggunaan kit ujian calitan hidung dengan betul dan berkesan.

Video ini dikongsikan oleh seorang doktor bedah di Australia, Dr Eric Levi di laman Instagramnya.

Pesannya di dalam video tersebut, jika anda melakukan dengan cara yang salah ia akan mengakibatkan sakit pada bahagian atas hidung dan jika anda hanya mengambil sampel dari bahagian hadapan sahaja juga salah kerana itu adalah sampel dari bulu hidung, bukan ‘mukus’ daripada saluran pernafasan.

Jadi, caranya yang sebenarnya anda perlu menolak kapas kesat ke bawah dan ditolak perlahan-lahan dan kembalikan dalam kedudukan serata dan ‘aim’ ke belakang secara perlahan. Kemudian, anda perlu ambil masa selama 12 ke 15 saat untuk keluarkannya.

Untuk fahami lebih lanjut, jom tonton video di bawah.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Eric Levi (@drericlevi)

 

Sumber: Dr Eric Levi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.