Siakap Keli
Gambar: Tribunnews

Gara-Gara Isteri Sering ‘Menolak’, Lelaki Tergamak Liwat Anak Sendiri Berkali-Kali

Seorang pemuda yang dinamakan sebagai AA tidak dapat lagi menahan penderitaan yang ditanggungnya selama empat tahun apabila menjadi tempat melampiaskan nafsu bapanya sendiri sebanyak beberapa kali.

Lelaki yang berusia 21 tahun itu akhirnya mendedahkan perbuatan keji suspek kepada keluarganya.

Difahamkan, mangsa telah diliwat oleh bapa kandungnya sendiri sebanyak tujuh kali sejak mangsa berumur 17 hingga 21 tahun.

Kes itu terbongkar setelah kekecohan yang berlaku antara tertuduh dengan mangsa pada Rabu (26/1/2022) sekitar jam 3 pagi hingga menyebabkan kakak dan ibu mangsa terbangun dari tidur.

Disebabkan perasaan ingin tahu, kakak mangsa telah bertanyakan punca masalah yang menyebabkan dua beranak tersebut bertengkar.

Mangsa kemudiannya membongkar perbuatan ayahnya itu kepada kakak dan ibunya.

Tanpa berlengah lagi, kakak dan ibu mangsa terus melaporkan tindakan suspek kepada pihak polis pada 17 Februari 2022.

Menurut Timbalan Ketua Polis Tegal, Kompol Didi, suspek melakukan perkara tersebut kerana isterinya enggan melayani nafsunya.

Setelah disoal siasat, tertuduh mengaku bahawa dia meliwat mangsa disebabkan isterinya selalu menolak untuk bersama. Dia mengakui sering mengajak isterinya melakukan persetubuhan dari belakang (rektum).

Namun, dia tidak pernah rasa puas apabila bersama isterinya hingga menyebabkan mangsa menjadi tempat memuaskan nafsunya.

Walaupun sudah berkali-kali meminta, namun isterinya sering menolak.

Susulan daripada kes itu, tertuduh telah ditahan oleh pihak polis. Polis juga turut merampas beberapa bukti termasuk seluar dalam berwarna biru tua milik mangsa.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh pernah mengugut untuk memukul mangsa dengan benda tajam seperti sabit agar mangsa bersetuju untuk diliwat. Mangsa yang sedang trauma, kini tinggal di rumah kakaknya.

“Kalau ditanya menyesal atau tidak, ya saya menyesal. Sebelum saya lakukannya, saya mengugut untuk memukul menggunakan sabit jika dia tidak mahu. Saya juga mengugutnya untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu”.

“Kenapa anak saya sendiri? Sebab saya nak ‘makan luar’ tapi tak ada duit,” kata pelaku.

Tertuduh kini berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan tambahan satu pertiga kerana pelaku adalah bapa kandung mangsa.

Sumber: Tribunnews

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.