Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Ini Cara ‘Update’ MySejahtera Jika Ujian RTK Tunjuk Keputusan Positif COVID-19

Kit ujian pantas atau Rapid Test Kit (RTK) merupakan salah satu ujian yang dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya anda dijangkiti COVID-19 atau tidak.

Sekiranya keputusan ujian RTK menunjukkan keputusan positif, terdapat perkara yang anda perlu lakukan untuk mengisytiharkan diri anda sebagai pesakit COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Berikut merupakan lima langkah mudah yang perlu diikuti oleh pengguna bagi mendapatkan notis Home Surveillance Order (HSO) atau perintah kuarantin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

1. Pada halaman utama MySejahtera, klik ‘Lapor Kendiri COVID-19’.

2. Pilih ‘Kemas Kini Keputusan Positif COVID-19’.

3. Isikan butiran dan muat naik keputusan ujian.

4. Muat semula profil anda selepas anda klik ‘hantar’.

5. Notis Home Surveillance Order (HSO) akan dikeluarkan selepas 1 jam keputusan dimuat naik.

Kredit Twitter MySejahtera

Sumber: Twitter MySejahtera

Akhmar Ikmal