Siakap Keli
Gambar Hiasan (Kanan): MacWorld UK / Gambar: TikTok bossadrian_derisogadget

(Video) Bateri Cepat Habis & Fon Tak Boleh ‘On’? Ketahui 6 Sebab Ini & Cara ‘Setelkan’

Pernah tak anda mengalami situasi di mana bateri telefon cepat habis? Kalau bateri cepat habis sahaja tahan lagi, ini ditambah pula dengan masalah telefon tiba-tiba tak boleh ‘on’.

Nampak sahaja line merah pada icon bateri telefon mesti anda rasa tidak tenang dah gelabah. Itu baru satu masalah. Ditambah pula dengan lagi satu masalah di mana anda dah cuba cas bateri telefon. Tapi tak masuk-masuk.

Mahu pening kepala nak cari duit tukar telefon baru. Tapi tunggu dulu, anda tidak perlu panik. Perkara utama yang patut anda buat sekarang adalah kenal pasti punca kenapa bateri mengalir macam air.

Oleh itu, anda boleh ikuti perkongsian daripada Boss Adrian mengenai 6 sebab yang anda boleh check kalau tiba-tiba bateri telefon anda cepat habis dan tak boleh nak on.

Antara langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bateri Cepat Habis & Fon Tak Boleh ‘On’? Ketahui 6 Sebab Ini & Cara ‘Setelkan’

1. Masalah pengecasan (charging issue).

Masalah di mana adapter, cable atau port charging telefon sudah rosak.

2. Screen freeze atau bateri sudah longgar.

Sebab ini mungkin berlaku kerana telefon anda selalu terjatuh.

3. Check battery health.

Semak sama ada bateri anda ada mengalami kebocoran atau pun tidak.

4. Screen crack.

Apabila screen crack, boleh sedut power pada bateri.

5. Factory reset.

Cara paling mudah jika anda mengalami bateri cepat habis atau tak boleh on.

6. Kalau dah cuba semua cara tapi masih tak boleh, anda boleh terus pergi kedai baiki telefon.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh tonton video di bawah.

Semoga bermanfaat!

@bossadrian_derisogadget

Kalau ada pergi check #tiktokmalaysia #foryourpage #gadgetstouse #gadgetlover #gadgetlover #learnontiktok #tiktokguru #jombelajar #androidhacks #androidtips #iphonetricks #didyouknow

♬ Triangle – Clutch

Sumber : TikTok bossadrian_derisogadget

Nadhirah