Air isotonik baharu yang menyegarkan, sambil mengajak rakyat Malaysia mengetepikan keraguan dan berani mengambil langkah pertama.
KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 – Spritzer hari ini memperkenalkan Spritzer ION, air isotonik baharu yang menyegarkan, dihasilkan menggunakan air Spritzer dan diformulasi dengan elektrolit. Pelancaran ini turut memperkenalkan ON-JE!, pegangan baharu jenama yang mengajak rakyat Malaysia mengetepikan keraguan dan mengambil langkah pertama untuk meneroka pengalaman serta kemungkinan baharu.
Ditawarkan dalam perisa Original dan Lime, Spritzer ION memberikan pilihan baharu kepada rakyat Malaysia untuk menyegarkan diri dan kekal terhidrat, sama ada ketika bekerja, bersenam atau melakukan aktiviti yang diminati.
Spritzer ION membawa semangat ON-JE!, satu pegangan ringkas tetapi bermakna yang dekat dengan kehidupan masa kini. Dalam dunia yang semakin terhubung, peluang kini lebih terbuka berbanding sebelum ini. Namun, keadaan ini turut meningkatkan kecenderungan membandingkan diri dengan orang lain, rasa bimbang terhadap pandangan sekeliling dan tekanan untuk memastikan setiap tindakan adalah tepat. Akibatnya, ramai yang memilih untuk menunggu sehingga berasa benar-benar bersedia sebelum bertindak.

ON-JE! mengajak orang ramai mengatasi keraguan itu dengan membuka diri kepada peluang, mengejar minat, menyahut cabaran dan berani bermula, walaupun belum pasti akan hasilnya. Semangat ini membawa mesej bahawa kita tidak semestinya perlu menunggu sehingga benar benar yakin atau berani untuk bertindak. Ada kalanya, keyakinan dan keberanian itu datang selepas kita mula mencuba.
“Generasi hari ini mempunyai akses kepada peluang, idea dan pengalaman yang begitu luas, melebihi generasi sebelumnya. Namun, ramai juga sentiasa berdepan tekanan untuk membuat segalanya dengan betul, memenuhi jangkaan dan menunggu sehingga berasa benar-benar bersedia sebelum melangkah ke hadapan,” kata Shiao Chan, Ketua Pemasaran Spritzer.
“Kami percaya peluang itu sentiasa ada. Selalunya, yang menghalang kita ialah rasa ragu-ragu, kurang yakin pada diri sendiri dan kecenderungan untuk terlalu memikirkan perkara yang mungkin tidak menjadi.
“Itulah semangat ON-JE!. Hidup perlu dilalui dengan melibatkan diri dan mencuba, tanpa menunggu semuanya sempurna. Ada pengalaman yang paling bermakna dalam hidup bermula bukan ketika kita berasa benar-benar bersedia, tetapi apabila kita membuat keputusan untuk mencuba. Melalui Spritzer ION, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berkata ON-JE! kepada minat, pengalaman dan kemungkinan yang menjadikan hidup lebih bermakna.”
Semangat ON-JE! diterjemahkan melalui simbol infiniti yang menjadi identiti tersendiri Spritzer ION. Satu gelung melambangkan rutin dan pilihan yang biasa dilalui setiap hari, manakala satu lagi mewakili pelbagai kemungkinan yang terbuka apabila kita memilih untuk mengetepikan keraguan. Detik ON-JE! menghubungkan kedua-dua gelung ini, menggambarkan perjalanan daripada kebiasaan kepada sesuatu yang boleh diterokai. Simbol ini mengingatkan kita bahawa pengalaman baharu, hubungan yang bermakna dan perkembangan diri sering bermula dengan satu langkah.
Semangat ini diperkukuh melalui identiti visual Blueple Spritzer ION, gabungan warna biru dan ungu yang menyerlah, melambangkan kejelasan serta pelbagai kemungkinan. Bersama simbol infiniti yang diterapkan pada label, rekaan ini menjadi peringatan bahawa setiap perjalanan baharu bermula dengan keputusan untuk mencuba.
Bagi menyemarakkan semangat ON-JE!, Spritzer bekerjasama dengan pelakon Aedy Ashraf dan penyanyi rap TUJUsebagai duta jenama. Kedua-duanya berkongsi pengalaman peribadi mengatasi keraguan dan merebut peluang yang mencorakkan perjalanan masing-masing.

Perjalanan mereka mencerminkan semangat ON-JE!, menunjukkan bagaimana keberanian untuk melangkah walaupun dalam ketidakpastian boleh membuka peluang untuk berkembang dan merasai pengalaman yang mungkin tidak akan ditemui sekiranya mereka tidak mencuba.
Orang ramai juga berpeluang merasai sendiri pengalaman ON-JE! menerusi Jelajah Spritzer ION ON-JE! di Starhill Piazza pada 9 hingga 11 Oktober 2026. Pengunjung boleh meneroka ruang bertemakan dunia bawah air yang diinspirasikan daripada kempen Spritzer ION, sambil merakam detik ON-JE! mereka dalam suasana yang menyeronokkan.
Lebih menarik, pengunjung turut diajak berkongsi matlamat, impian atau cabaran yang ingin mereka sahut dengan semangat ON-JE! Mereka kemudian akan menerima cetakan kenang kenangan Spritzer ION yang diperibadikan berdasarkan perkongsian masing-masing, sebagai gambaran pelan ON-JE! mereka. Pengalaman ini dilengkapkan dengan sampel sejuk kedua-dua perisa Spritzer ION untuk dinikmati sambil menyegarkan diri.
Jelajah ini merupakan acara pertama dalam siri pengalaman yang dirancang untuk mendekatkan ON-JE! dengan rakyat Malaysia dan menggalakkan lebih ramai orang menterjemahkan niat kepada tindakan, daripada mencuba sesuatu yang baharu dan mengejar minat hinggalah menyahut cabaran baharu.
Ditawarkan dalam perisa Original dan Lime, dengan pilihan saiz 500 ml dan 1.5 liter, Spritzer ION menggabungkan air Spritzer dengan elektrolit untuk memberikan hidrasi isotonik yang menyegarkan, dengan kandungan gula yang lebih rendah serta rasa tersendiri. Tampil dengan identiti Blueple yang menyerlah, label berinspirasikan simbol infiniti dan botol yang mudah digenggam, Spritzer ION direka untuk menyegarkan tubuh dan minda, sambil menemani rakyat Malaysia menikmati detik harian serta meneroka kemungkinan baharu.
Sebagai produk pertama yang membawa semangat ON-JE!, Spritzer ION menandakan permulaan sebuah gerakan yang lebih luas untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dengan lebih aktif, menyambut kemungkinan baharu dan mengambil langkah pertama ke arah pengalaman yang bermakna.
Kerana ada kalanya, perjalanan yang paling bermakna bermula tanpa kepastian. Ia bermula dengan satu keputusan ringkas untuk berkata ON-JE!
Untuk maklumat terkini mengenai Spritzer ION dan aktiviti ON-JE! yang akan datang, layari https://www.spritzer.com.my/blog/spritzer-ion-on-je/.
