Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Spritzer Sparkling Lancar ‘Rasa Light Je’, Galak Perubahan Kecil Demi Kesejahteraan Diri

Spritzer Sparkling melancarkan kempen “Rasa Light Je” bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan lebih seimbang dan realistik dalam menjaga kesejahteraan diri menerusi perubahan kecil dalam rutin harian.

Spritzer dalam kenyataan bertarikh 29 Oktober memaklumkan kempen itu membawa mesej bahawa usaha memperbaiki diri tidak semestinya rumit atau menambah tekanan ketika orang ramai mengimbangi tuntutan kerja, keluarga dan komitmen harian.

Sebaliknya, tabiat yang berkekalan boleh dibentuk melalui pilihan mudah dan praktikal yang diamalkan secara konsisten.

Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan berkata tekanan untuk melakukan segala-galanya dengan sempurna, di samping memenuhi pelbagai tanggungjawab, boleh menjadikan kehidupan terasa mencabar.

“Menerusi kempen ‘Rasa Light Je’, kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa menjaga kesejahteraan diri tidak seharusnya terasa membebankan.

“Kadangkala, kita hanya perlu membuat satu langkah yang ringan atau meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri agar dapat berasa lebih tenang, gembira dan positif dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebagai sebahagian daripada kempen berkenaan, orang ramai dijemput menonton sembilan video pendek menerusi laman mikro Rasa Light Je.

Video yang diinspirasikan daripada pelbagai situasi harian itu mengetengahkan pengalaman berdepan tekanan dan keraguan, sebelum membawa perspektif lebih santai dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Menurut Spritzer, kempen itu turut mengajak masyarakat menghargai kejayaan serta pencapaian kecil tanpa terlalu mengejar kesempurnaan.

Menjelang penghujung tahun, orang ramai digalakkan memberikan ruang untuk berehat, bersikap lebih ihsan terhadap diri sendiri dan mengutamakan keseimbangan dalam rutin harian.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan memaklumkan Spritzer Sparkling diperbuat daripada air mineral semula jadi berkarbonat tanpa gula atau pemanis tambahan.

Produk itu ditawarkan dalam pilihan Classic, Lemon serta Sea Salt & Citron.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan kesemua video berkenaan boleh diakses menerusi laman mikro https://www.spritzer.com.my/campaign/sparklingrasalightje/.