Siakap Keli

Perang Ukraine Russia, Kharkiv Dihujani Tembakan & Letupan Sejurus Putin Isytihar Perang

Beberapa siri letupan besar dan tembakan dilaporkan berlaku berhampiran wilayah Kharkiv, Ukraine dipercayai selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang Ukraine Russia bermula.

BACA: Ukraine Isytihar Darurat, Gesa Rakyatnya Keluar Dari Rusia Segera

Rakaman insiden itu sempat dimuatnaik di media sosial hari ini dan turut mendapat liputan oleh beberapa agensi-agensi media di seluruh dunia.

Serangan tersebut dikatakan berlaku di dekat bandar Mariupol dan Mykolaivka di bahagian timur Ukraine.

Menurut Al-Jazeera, media tempatan melaporkan bunyi tembakan turut kedengaran di kawasan lapangan terbang utama di Boryspil yang terletak di ibu kota Kyiv.

BACA: (Video) Wartawan Ketakutan, Peluru Berpandu Lalu Atas Kepala Waktu Tengah ‘Live’ Di Ukraine

Perang di antara Ukraine dan Rusia itu telah disahkan oleh Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, sebentar tadi.

“Putin baharu sahaja melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine. Bandar-bandar di Ukraine yang sebelumnya aman kini sedang diserang,” ujarnya.

Tambah Kuleba, Ukraine akan mempertahankan negara dan meminta kuasa dunia untuk menghentikan tindakan Putin dari terus menceroboh negara tersebut.

“Ini adalah perang pencerobohan. Ukraine akan mempertahankan negaranya dan akan menang. Dunia perlu menghentikan Putin dan masa untuk bertindak adalah sekarang,” katanya.

Berikutan itu, siren serangan udara yang ‘mengerikan’ kedengaran di tengah-tengah ibu kota Ukraine, Kyiv sebentar tadi.

Memetik laporan Mirror, Rusia telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Ukraine dengan letupan kedengaran di seluruh bandar utama.

Mereka juga dilaporkan telah melepaskan peluru berpandu ke beberapa bandar Ukraine dan mendaratkan tentera di pantai selatannya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam serangan tanpa provokasi dan tidak wajar yang dilakukan oleh pasukan tentera Rusia dalam satu kenyataan berikutan letupan di Ukraine, lapor CNN.

Menurut Biden, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang terancang yang akan membawa kepada penderitaan manusia dan kehilangan nyawa dalam skala yang besar.

”Rusia bertanggungjawab atas kematian dan kemusnahan yang akan dibawa oleh serangan ini. AS dan rakan sekutu akan bertindak balas dengan cara yang bersatu dan tegas,” katanya.

Sumber: Twitter, BNO News, Giedrius Gabrielius, New News EU

BACAAN LAIN:

 

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.