Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Utara Sumatera, Indonesia, pada pukul 9:39 pagi tadi, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa itu berlaku 76 kilometer (km) dari barat laut Payakumbuh dengan kedalalaman 10 km di dasar laut.
Menurut MetMalaysia, gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai oleh rakyat negara ini yang berada di bahagian barat Semenanjung terutama di kawasan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
GB kuat M 6.1 di Utara Sumatra, Indonesia pd 9:39 pg, 25 Feb 2022. Pusat gempa bumi terletak 0.2° U & 100.0° T dgn kdlman 10 km. 76km BL dr Payakumbuh,Indonesia. Tiada ancmn tsunami. Gegaran dirasai di bhgn Barat Smnjg terutama di S'gor, Perak, NSembilan, Melaka & Johor. METMsia pic.twitter.com/4lgKSc2V7G
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 25, 2022
Meninjau ke ruangan media sosial, rata-rata warganet turut berkongsi mengenai gegaran kuat yang dirasai mereka terutamanya di bangunan tinggi.
Sumber: MetMalaysia