Siakap Keli
Gambar: via Daily Mail & Football.London

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich Dilapor Dihalang Menetap Di Britain

Pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Chelsea, Roman Abramovich yang juga berbangsa Rusia-Yahudi dilapor dihalang daripada menetap di Britain, lapor Daily Mail.

Menurut laporan, jutawan terkenal itu dikatakan tidak lagi kelihatan di rumah kelab bola sepak  berkenaan yang terletak di barat daya London, Stamford Bridge hampir beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini, Abramovich pernah menarik balik permohonannya bagi memohon visa pelabur tahap satu British pada tahun 2018 sebaik sahaja dia dilapor lewat berikutan kritikan terhadap oligarki Russia yang terlibat dalam kes keracunan Salisbury.

Menurut The Sun menerusi Daily Mail, sumber keselamatan kanan di sana memberitahu, lelaki berusia 55 tahun itu ini tidak lagi dibenarkan menetap di Britain.

Difahamkan, pegawai imigresen Britain kini diarah untuk menyukarkan hasrat Abramovich yang merupakan pemilik kepada rumah agam bernilai hampir-hampir £125 juta (RM702.99 juta) itu daripada bertapak di United Kingdom.

Tambah laporan, kes Abramovich ini sedang dikendalikan oleh Jawatankuasa Unit Kes Khas pejabat dalam negeri di sana.

Perintah larangan yang dikenakan terhadap Abramovich berkuatkuasa sebaik sahaja dia dinamakan oleh ahli parlimen Britainsebagai salah seorang daripada 35 ologarki yang dikenal pasti oleh ketua pembangkang Russia, Alexei Navalny.

Hal ini menjadi lagi serius kerana dia dinamakan sebagai salah satu ‘waris’ kleptokrasi yang dikendalikan oleh presiden negara Russia iaitu Vladimir Putin.

Walau bagaimanapun, dia menafikan perkara itu. Dia turut mendakwa dirinya tidak mempunyai sebarang hubungan rapat dengan mana-mana pihak Kremlin.

Malah dia juga menafikan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang membolehkan dia daripada dikenakan sekatan oleh Britain.

Terdahulu, Abromovich juga dilapor menjadi warganegara Israel dan dibenarkan memasuki Britain selama enam bulan.

Sumber: Daily Mail

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.