Seperti yang diketahui umum krisis pergolakan antara Russia dan Ukraine dilihat masih tiada jalan penyelesaiannya. Serangan demi serangan saling dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Malah beberapa siri letupan dilapor berlaku di Ukraine hari ini setelah presiden Russia iaitu Vladimir Putin mengistiharkan perang terhadap negara tersebut.
Susulan serangan itu, Ukraine dilapor mengalami beberapa kemusnahan. Pilunya, ia bukanlah sekadar kemusnahan bandar semata-mata, malah turut mengorbankan banyak nyawa.
Menerusi laman Twitter rasmi milik AJ Plus, mereka ada berkongsikan beberapa foto yang memperlihatkan situasi semasa Ukraine selepas diserang oleh Russia.
Menurut AJ Plus, Russia mendakwa bahawa pihak mereka hanya melancarkan serangan tentera besar ke atas Ukraine melalui darat, laut dan udara.
Bukan setakat itu sahaja, serangan Russia ke atas Ukraine juga dilapor berlaku berhampiran bandar dan juga pangkalan-pangkalan mereka.
Malah, menurut Presiden Russia, Vladimir Putin turut mendakwa bahawa serangan itu hanyalah untuk ‘memusnahkan tentera’ dan bukanlah untuk menduduki Ukraine.
Paparan gambar berikut menunjukkan kesan selepas serangan dilakukan di udara. Pihak berkuasa menerusi ciapan AJ Plus menyatakan bahawa sekurang-kurangnnya 24 otang terbunuh.



Menurut AJ Plus, ‘Operasi ketenteraan khas’ Russia yang berada di Ukraine dipercayai salah satu operasi terbesar di negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
“Serangan Russia ke atas Ukraine telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 68 orang terbunuh yang melibatkan orang awam dan tentera,” kata pegawai Ukraine.
Sementara itu, lapangan terbang utama Ukraine yang terletak di Kyiv turut dilapor telah dibom. Hal ini mengakibatkan beribu-ribu orang telah melarikan diri dari Kyiv.



Menurut ciapan di Twitter AJ plus juga, beribu-ribu rakyat Ukraine dipercayai telah melarikan diri ke Poland. Malah ada antara mereka yang melarikan diri dengan berjalan kaki selepas serangan Russia ke atas Ukraine yang berlaku berhampiran bandar termasuk Kyiv.
Serangan Russia yang melibatkan peluru berpandu mereka juga dilapor mengenai kawasan perumahan di bandar Ukraine yang melibatkan Chuguiv. Serangan ini telah membunuh orang awam di sana.
Difahamkan, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB (United Nations) telah memberi amaran berkenaan serangan yang akan mengakibatkan ‘kemusnahan’ terhadap orang awam.



Sumber: AJ Plus