Stesen bacaan lima sungai di Kelantan dan 11 sungai di Terengganu dilaporkan telah melepasi paras bahaya setakat pukul 11 pagi tadi, berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat.
Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan lima sungai melepasi paras bahaya di Kelantan ialah Kampung Temangan di Machang setinggi 21.92 meter (m) berbanding 17.5 m, Rantau Panjang di Pasir Mas setinggi 10.39 m berbanding 9.0 m, Sungai Lanas di Air Lanas setinggi 29.75 m berbanding 29.5 m, Sungai Lebir di Kg. Tualang setinggi 42.77 m berbanding 35 m dan Sungai Golok di Kg. Jenob 26.47 m berbanding 23.5 m.
Bagi sungai yang melepasi paras bahaya di Terengganu pula melibatkan Empangan Tembat di Hulu Terengganu setinggi 432.06 m berbanding 432 m, Sungai Besut di Kampung La setinggi 22.02 m berbanding 21.8 m, Sungai Dungun di Kuala Jengai setinggi 21.82 m berbanding 21.0 m, Sungai Berang di Kampung Menerong setinggi 24.7 m berbanding 24.5 m dan Sungai Telemong di Kuala Ping setinggi 20.49 m berbanding 19.7 m.
Selain itu, sungai yang melepasi paras bahaya di Terengganu juga melibatkan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman setinggi 4.82 m berbanding 4.0 m, Sungai Tebak di Jambatan Tebak setinggi 18.65 m berbanding 18.5 m, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan setinggi 2.76 m berbanding 2.7 m, Sungai Nerus di Kampung Bukit setinggi 13.25 m berbanding 13.2 m, Sungai Nerus di Kg. Langkap setinggi 21.6 m berbanding 21 m dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri setinggi 8.81 m berbanding 8.0 m.
Terdapat juga dua sungai di Kelantan dan tujuh sungai di Terengganu yang berada pada paras amaran. Di Kelantan, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Kusial dengan masing-masing mencatat bacaan 22.5m dan 14.0m.
Manakala bagi sungai yang berada pada paras amaran di Terengganu pula ialah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Sungai Nerus di Kg. Bukit, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Setiu di Kg. Besut.
Tiga sungai yang berada pada paras waspada di Kelantan dan satu sungai di Terengganu. Bagi sungai yang berada pada paras waspada di Terengganu hanyalah Sungai Besut di Jambatan Jerteh dengan bacaan sebanyak 6m.
Tiga sungai yang berada pada paras waspada di Kelantan pula ialah Air Bol di Jeli, Kampung Karangan di Kuala Krai dan Kampung Sungai Nal di Kuala Krai dengan tren menurun dan menaik.
Sumber: Laman Web Rasmi Public Info Banjir