Siakap Keli
Foto:APnews

Masuk Hari 3 Serangan Rusia, Ukraine Lapor 198 Orang Awam Terkorban & Lebih 1,000 Cedera

Menteri Kesihatan Ukraine memaklumkan angka kematian akibat serangan dari Rusia terus meningkat kepada 198 dan lebih 1,000 telah cedera pada Sabtu.

Memetik daripada laporan tempatan, Menteri Kesihatan, Viktor Lyashko berkata seramai 198 orang awam terbunuh termasuk 3 kanak-kanak setakat ini.

Tambahnya lagi, jumlah mangsa yang cedera turut meningkat kepada 1,115 orang termasuklah 33 kanak-kanak di seluruh wilayah di Ukraine.

Pada awal Jumaat, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memaklumkan sekurang-kurangnya 137 orang terkorban manakala 316 cedera, lapor New York Times.

Sumber: CNBC, APNews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang