Siakap Keli
Gambar via Facebook

(Video) Rezeki Pengantin Baru, Bos Bagi Kereta Myvi, Kawan-Kawan Bawa Hadiah Barang Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila nak bagi hadiah untuk rakan atau sanak saudara yang baharu mendirikan rumah tangga, mesti pening kepala tak tahu nak bagi apa.

Untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka, sudah pasti kita nak hadiahkan barang-barang yang sesuai dan berguna untuk pengantin kelak.

Bagi korang yang tak tahu nak bagi apa sebagai hadiah perkahwinan, video yang dimuatnaik pengguna Facebook Ain Fatin Lyana ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh majikan kepada pengantin perempuan ini, dapat dilihat rakan-rakan sekerja pengantin membawa barang kelengkapan rumah sebagai hadiah perkahwinan kedua mempelai itu.

Rakan-rakan pengantin kemudiannya beratur di depan pelamin untuk memberi hadiah dan sesi bergambar. Ada yang siap usung tong gas lagi naik pelamin.

“Selamat pengantin baru Cua. Ala Cua yang dapat kereta Myvi haritu. Nampak tak apa kami bagi. Senang lepas menikah, cari rumah saja peralatan semua siap dah,” tulis pengasas syarikat kosmetik di Kedah itu dalam dialek utara.

Gambar: Aidil Ezrul Owne

Menurut salah seorang staf, Aidil Ezrul Owne yang turut mengunggah video sama di Group Facebook Pendang, bos mereka sebelumnya telah memberikan sebuah kereta kepada pangantin perempuan yang dipanggil Nasuha.

“Baru ni kami dah bagi kereta Myvi sebagai hadiah untuk pengantin perempuan yang dah tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat kami. Rezeki dapat kereta dan hadiah kawin,” kata Aidil ketika dihubungi SK.

“Lucu tapi amat berguna”

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata terhibur dengan gelagat rakan-rakan pengantin bersama hadiah yang diberikan mereka.

Namun pada masa yang sama, warganet memuji rakan-rakan kedua mempelai yang memberi hadiah bermanfaat untuk pasangan pengantin baru.

Sumber: Facebook

Eyla Azri