Siakap Keli
Gambar: METRO

Alami Sembelit & Sakit Perut, Doktor ‘Pelik’ Jumpa Gelas Dalam Perut Lelaki Ini

Seorang lelaki yang dirawat di sebuah hospital swasta di Madipur di Bihar, India, mendakwa dia secara tidak sengaja telah tertelan sebuah gelas semasa sedang minum teh.

Selepas mengalami sembelit dan sakit perut yang teruk, dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani ultrasound dan X-ray.

Doktor telah mengenal pasti bahawa terdapat ‘gangguan serius’ dalam usus lelaki itu. Setelah diperiksa dengan lebih teliti, doktor mendapati bahawa ianya adalah sebuah gelas.

Pakar bedah gagal mengeluarkan objek dari rektum menggunakan prosedur endoskopik. Lelaki itu kemudiannya terpaksa dibedah bagi mengeluarkan gelas tersebut.

Gambar: METRO

Lelaki tersebut, 55, mendakwa dia menelan gelas itu semasa minum teh. Doktor berkata, ia boleh membahayakan kesihatan kerana saluran makanan terlalu sempit untuk objek itu.

Dr Mahmudul Hasan, yang mengetuai pasukan doktor yang mengendalikan pesakit berkata, bagaimana kaca itu masuk ke dalam badan pesakit tersebut masih menjadi misteri.

Bagaimanapun, pesakit kini dalam keadaan stabil. Ia satu-satunya objek asing yang secara rawak ditemui dalam perut seseorang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, seorang doktor terpaksa membedah seorang lelaki di Mesir pada Oktober tahun lalu selepas dia menelan telefon dan menunggu enam bulan untuk ia melalui badannya secara semula jadi.

Sumber: METRO

Aireena Marizan