Siakap Keli
Gambar: Bernama

SOP Solat Jumaat: Jemaah Perlu Ambil Dos Penggalak Hanya Terpakai Di Negeri Selangor Sahaja – JAKIM

Semakin hari kita dapat lihat, kes Covid-19 yang melanda negara kita semakin meningkat. Menerusi kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam, kes harian pesakit covid telah dicatatkan sebanyak 30,644 kes.

Berikutan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui akaun Facebook mereka telah mengeluarkan arahan mengenai standard operating procedure (SOP) solat Jumaat bagi Negeri Selangor.

Berikut adalah SOP yang telah ditetapkan oleh JAKIM untuk mereka yang menghadiri solat Jumaat di Negeri Selangor.

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SOLAT JUMAAT DI NEGERI SELANGOR

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk SOP Solat Jumaat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari 2022.

Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat.

2. Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

3. JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat.

Sekian, terima kasih.

Sumber: JAKIM

Faiz Mustafa