Siakap Keli
Gambar: via Metro Uk

Ayah Ada Hobi Pelik, Siap Lukis Potret Trump Atas Karpet, Hanya Guna Vakum

Seorang bapa berjaya menghasilkan beberapa potret individu termasuk Donald Trump dan Monalisa dengan hanya menggunakan penyedut habuk (vacuum cleaner), memetik laporan Metro Uk.

Menurut laporan, Tom Quirk, 36 tahun hanya menggunakan hos daripada pembersih vakum miliknya untuk melukis potret tersebut.

Apa yang menarik, dia berjaya melukis beberapa orang kenamaan dengan menggunakan hos penyedut habuk itu. Antara wajah yang dilukisnya ialah Donald Trump dan juga Monalisa.

Bukan itu sahaja, dia juga berjaya melukis kereta lumba F1 dan beberapa lukisan lain yang menarik.

Difahamkan minat dia dalam melukis, bermula beberapa tahun lalu semasa dia membeli permaidani baharu di pusat beli-belah Dunelm, United Kingdom.

“Semasa isteri saya sedang sibuk bekerja, sayalah yang akan membuat segala tugasan di rumah.

“Pada masa itulah saya mula menggunakan vakum dan saya perasan ada garisan terbentuk hasil daripada sedutan vakum di atas permaidani.

“Dari situ saya mula menghasilkan corak berbelang mengikut lengkungan, dan minggu seterusnya saya mula menghasilkan beberapa lukisan lain seperti litar F1 Silverstone,” kata Tom.

Memiliki bakat yang lain daripada lain itu, dia juga turut menghasilkan wajah beberapa individu kenamaan yang popular. Bermula dengan wajah Jack Nicholson dan kemudiannya diikuti dengan wajah Monalisa.

Tom dilihat tidak kedekut untuk berkongsikan teknik bagaimana dia menghasilkan potret tersebut. Dia turut memberitahu beberapa teknik untuk menghasilkan lukisan itu.

Katanya, bahagian dalam permaidani perlu dikikis terlebih dahulu supaya imej yang terbentuk akan lebih jelas.

Setelah itu barulah anda keluarkan hos dan menambah sedikit lukisan nipas pada hujung karpet ke arah yang bertentangan untuk mendapatkan bayang-bayang muka.

Dalam pada itu, Tom juga memberitahu bahawa setiap lukisan yang dihasilkannya tidak mengambil masa yang begitu lama, hanya dalam kira-kira 15 hingga 20 minit.

Menurutnya, hasil untuk menghasilkan lukisan itu tidaklah selama Leonardo Da Vinci mengambil masa hampir empat tahun hanya untuk menyiapkan potret Monalisa.

Sumber: Metro Uk

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.