Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
peristiwa Isra' Mikraj solat
Tiada Kategori

Peristiwa Isra’ Mikraj, Kisah Nabi Muhammad Terima Perintah Solat Daripada Allah S.W.T

Faiz Mustafa

Peristiwa Isra’ Mikraj, Kisah Nabi Muhammad Terima Perintah Solat Daripada Allah S.W.T

Hari ini (27 Rejab 1445H) merupakan tarikh yang amat penting dalam buku sejarah Islam yang wajib kita ambil tahu. Isra’ Mikraj adalah salah satu peristiwa yang membuktikan maha kebesaran Allah S.W.T yang dilaui oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Masih ingatkah kita peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi itu? Sebagai peringatan untuk kita semua, Siakap Keli kongsikan kisah disebalik Isra’ Mikraj yang disiarkan oleh JAKIM, Bahagian Dakwah melalui Facebook mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk sama-sama memperingati peristiwa yang berlaku, semoga ia memberi manfaat kepada semua.

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

Sebelum peristiwa Israk & Mikraj berlaku kepada Nabi, terdapat pelbagai perkara sukar yang mendepani Nabi. Dan untuk pengetahuan, Israk dan Mikraj berlaku sebelum Hijrah. Maksudnya Islam masih belum diterima, ditolak dan dihina.

Tahun 1-3 kenabian

Kerasulan bermula, Nabi memulakan dakwah secara rahsia.

Tahun 4 kenabian

Dakwah secara terang-terangan, disini Nabi mula disakiti. Ruqayyah dan Ummu Kulthum diceraikan suami. Lalu Saidina Uthman mengahwini Ruqayyah.

Tahun 5 kenabian

Orang Islam terpaksa berhijrah ke Habsyah, Nabi berpisah dengan Ruqayyah kerana turut hijrah dengan Saidina Uthman

Tahun 6 kenabian

Penentangan terhadap Nabi semakin dasyat, beberapa Kali percubaan demi percubaan untuk membunuh Nabi.

Tahun 7 kenabian

Bani Hasyim dipulaukan kerana tidak mahu menyerahkan Nabi, mereka dipulaukan selama 3 tahun

Tahun 10 kenabian

Barulah pemulauan berakhir, namun ‘tahun kesedihan’ menyusul tatkala Abu Talib meninggal dan tiga hari selepasnya Khadijah pula yang pergi

Serangan terhadap Nabi semakin menjadi-jadi…

Dakwah Nabi ke Taif ditolak mentah-mentah, dihalau dengan balingan batu-batu bertubi-tubi sehingga berdarah Nabi.

kejamnya, bahkan nabi dikejar sehingga ke luar kota dan mereka mentertawakan Nabi. Selepas itu, Nabi berdakwah kepada 26 Kabilah Arab yang menunaikan haji dalam masa 10 hari, semuanya menolak dengan kasar.

Kini, Rasulullah berada dalam keadaan beban yang memuncak selepas penolakan demi penolakan, penderitaan yang ditanggung. Allah menghadiahkan ‘percutian’ iaitu peristiwa Israk dan Mikraj kepada Nabi.

ISRAK

1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawa Baginda ke Masjidilharam

2. Sebelum perjalanan, Jibril membawa Rasulullah ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci hati Rasulullah, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.

3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.

MIKRAJ

1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit

2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di setiap tingkat, ada penjaga Dan Nabi Allah yang menyambut.

3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.

4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.

5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf

6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris

7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun

8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa

9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.

10. Melawat Syurga dan Neraka.

11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.

12. Naik ke sidratulmuntaha

13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat

14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.

15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.

16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi

17. Pulang semula ke Mekah.

Tahun 11 kenabian

Nabi berdakwah kepada Kabilah Arab, enam orang yathrib/madinah menerima dakwah. nabi hantar Mus’ab bin Umair ke yathrib sebagai dai.

Tahun 12 kenabian

Pada Musim haji: Baiatul Aqabah 1.
12 orang wakil

Zulhijjah : Muslim haji; Baiatul Aqabah 2. 73 lelaki dan 2 wanita bersumpah setia membela Nabi.

Tahun 13 kenabian

Bulan Safar Nabi memulakan HIJRAH, ketika Hijrah usia Nabi 53 tahun, peristiwa ini perlu dilihat dengàn mata hati serta kaitkan dengan diri kita. Agar kekuatan dalam pemikiran dapat diterjemahkañ dalam tindakan.

Sumber: Facebook Bahagian Dakwah, JAKIM

BACA JUGA: Adakah Solat Sudah Diwajibkan Sebelum Persitiwa Israk Mikraj? Ini Jawapan Mufti