Siakap Keli
Gambar: TikTok Anis Khairudin

(Video) Ramai ‘Terperangkap’ Di Pulau Perhentian, Semua Pengunjung Dah Boleh Balik

Terbaharu, para pengunjung Pulau Perhentian yang terperangkap di sana sudah boleh keluar dengan selamat.

Menerusi video perkongsian di laman Instagram era.je, para pengunjung yang terkandas di Pulau Perhentian sejak minggu lepas sudah dibenarkan keluar.

Menurut era.je, cuaca di sana sudah semakin membaik dan membolehkan para pengunjung untuk keluar dengan selamat.

“Alhamdulillah, pengunjung yang terkandas di Pulau Perhentian sejak minggu lepas dah boleh keluar dengan selamat”

“Cuaca juga semakin baik,” tulis kapsyen era.je.

Sebelum ini, kebanyakan negeri-negeri di pantai timur mengalami fenomena hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.

Kejadian ombak besar itu menyebabkan ramai pengunjung di Pulau Perhentian yang terkandas di sana dan tidak dapat pulang ke tanah besar masing-masing.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Anis Khairudin dia dan beberapa individu lain dilapor terperangkap di pulau tersebut.

Situasi ini membuatkan kebanyakan orang yang berada di sana tidak dapat pulang ke tanah besar masing-masing apabila semua bot tidak lagi beroperasi kerana cuaca buruk yang sedang melanda kawasan itu.

Menerusi perkongsian video dapat dilihat ombak besar sedang membadai sekitar kawasan pulau berkenaan.

“Terperangkap di Pulau Perhentian, doakan kami.

“Ombak kuat, angin kuat sejak 24 Februari lalu,” tulis Anis menerusi video tersebut.

Dalam pada itu, dia turut merakam beberapa video yang menunjukkan ombak kuat menghempas jeti sehingga menyebabkan orang ramai berasa bimbang jika kawasan itu rosak dan menyukarkan lagi proses untuk mereka pulang.

“Setinggi-tinggi jeti di sini, air sudah boleh naik sampai ke atas,” tulis Anis.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Resort dan Pelancongan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kira-kira 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian, Besut.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

@aniskhairudin

Reply to @isarafabric air pasang sampai tinggi naik jetty #pulauperhentian #ombakbesar #tengkujuh

♬ Ya Allah – Wali

@aniskhairudin

Doakan kami di pulau perhentian. Ombak besar 🌊 #pulauperhentian #ombakbesar

♬ original sound – Ashanabila – Ashanabila

Sumber: TikTok & era.je

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.