Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 9 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 5.45 petang tadi menunjukkan terdapat lapan negeri dan tiga wilayah yang dijangka terlibat.
Antara negeri yang bakal terjejas ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik), Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, bentong, Temerloh, Kuantan dan Pahang), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
Selain itu, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka iaitu di Alor Gajah dan Melaka Tengah turut akan dilanda cuaca yang sama.
Beralih ke negeri Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat adalah di Sri Aman, Sarikel (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.
Manakala, kawasan yang dijangka terlibat di Sabah adalah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar) selain Wilayah Persekutuan Labuan.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/APWUWWFGGl
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 1, 2022
Sumber: MET Malaysia