Siakap Keli
pengeluaran i-Ceria KWSP
Gambar via Bernama

Pengeluaran Wang KWSP, Cadang Skim i-Ceria Berjumlah RM10,000

Pengeluaran i-Ceria KWSP, Kerajaan diminta untuk membenarkan pengeluaran melalui skim i-Ceria. Cadangan pengeluaran ini adalah untuk mana-mana ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang betul-betul memerlukan bantuan kewangan ketika ini.

Ahli parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif berkata, ianya bagi membantu rakyat yang mengalami kesulitan dari segi kewangan untuk meneruskan hidup.

“Sememangnya terdapat keperluan yang mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia untuk menggunakan sebahagian daripada wang persaraan mereka bagi tujuan survival dan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Oleh yang demikian, saya berpendapat, sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula tuntutan yang dibuat oleh rakyat iaitu membenarkan pengeluaran kali terakhir secara berfasa kepada mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat petang tadi.

Ujarnya, inisiatif i-Ceria ini dilihat mampu memberi makna kepada para pencarum KWSP, sepertimana inisiatif sebelumnya.

“Sebelum ini, i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra memberi makna kepada Keluarga Malaysia serta bersesuaian dengan namanya. Maka dengan ini saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan i-Ceria bagi kemudahan pengeluaran wang KWSP untuk kali yang terakhir.” ujar Mohd Sharif.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan, lebih ramai ahli KWSP perlu bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

i-Ceria KWSP Untuk Mereka yang Memerlukan

Beliau berkata ia berikutan kemerosotan berterusan simpanan persaraan ahli KWSP, kerana ketika ini hampir separuh ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, dan daripada jumlah ini 55 peratus adalah bumiputera.

”Kalau dibenarkan pengeluaran tambahan, ia akan menyebabkan lebih ramai ahli perlu bersara di bawah paras garis kemiskinan. Ia juga menyebabkan beban yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia di masa depan terutama jika kegawatan ekonomi berlaku,” katanya memetik Bernama.

Cara periksa baki akaun KWSP:

1. Log masuk ke laman web i-Akaun KWSP di pautan ini.

2. Klik menu “My Account”.

3. Seterusnya, klik “Current Year / Previous Year Statement”.

4. Klik butang “View Details”.

5. Maklumat jumlah simpanan akan terpapar di skrin.

Sumber: Parlimen Malaysia

Eyla Azri