Siakap Keli

(Video) Berani Mati Betul, Lelaki Ukraine Selamba Alih Periuk Api Anti Kereta Kebal Guna Tangan

Bagai detik ‘luar biasa’ yang penuh debaran, seorang lelaki Ukraine dilapor sanggup ‘berani mati’ mengalihkan sebuah periuk api anti kereta kebal hanya menggunakan tangan kosong, memetik laporan The Sun. 

Malah menurut laporan, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dilihat begitu ‘selamba’ mengangkat periuk api tersebut sambil menghisap rokok.

Pada awalnya, lelaki berkenaan didakwa menemui periuk api itu di satu lokasi di bandar Berdyansk. Dia kemudiannya mengalihkan bahan letupan itu ke dalam hutan berhampiran.

Menurut Daily Mail, rakaman itu dikongsikan di media sosial sebelum tular sehingga orang ramai berasa kagum melihat keberanian lelaki ‘berani mati’ tersebut. 

“Keberanian tidak dapat menggambarkan apa lelaki ini buat, dia tampak lebih berani memindahkan periuk api jauh dari kawasan perumahan ke kawasan hutan,” tulis seorang pengguna Twitter. 

Kredit: Daily Mail

“Hanya seorang lelaki, rokok di dalam mulut, alihkan periuk api dari sebuah jambatan Berdyansk Ukraine, rasa seolah-olah mimpi,” tulis seorang lagi warga Twitter. 

Kredit: Daily Mail

Sumber: The Sun & Daily Mail

Nadhirah