Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

India Bakal Mulakan Percubaan Kereta Api Laju Pada Mei

india
Kredit: AFP

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama-TV BRICS) -- Kereta api laju pertama India dijangka memulakan ujian percubaan pada Mei 2027 di bahagian Surat-Bilimora sepanjang 50 kilometer di Koridor Rel Berkelajuan Tinggi Mumbai-Ahmedabad, umum Menteri Kereta Api India Ashwini Vaishnaw.

Iklan

Laluan itu, yang menghubungkan dua pusat ekonomi terbesar India, akan menjadi bahagian pertama rangkaian rel berkelajuan tinggi negara itu yang menjalani pengujian, lapor TV BRICS, memetik IANS.

Kerja-kerja elektrifikasi telah siap, manakala sistem pengisyaratan dijangka siap menjelang Januari 2027.

Menteri itu menyatakan bahawa kereta api berkelajuan tinggi yang bergerak melebihi 240 kilometer sejam memerlukan piawaian kejuruteraan khusus.

Pada kelajuan sedemikian, tekanan yang terhasil daripada lintasan kereta api memberikan permintaan yang ketara terhadap kedua-dua stok rolling dan infrastruktur keretapi.

-- BERNAMA-TV BRICS

Intipati
  • Kereta api laju pertama India dijangka memulakan ujian percubaan pada Mei 2027.
  • Ujian akan dijalankan di laluan Surat-Bilimora sepanjang 50 kilometer, menurut Ashwini Vaishnaw.
  • Elektrifikasi sudah siap, manakala sistem pengisyaratan dijangka selesai menjelang Januari 2027.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan