Siapa yang tak tahu Sambal Nyet yang dihasilkan oleh Khairulaming, bukan? Selain berkongsi resipi di laman sosial instargram miliknya, dia juga turut mempunyai perniagaan produk jenama sendiri iaitu Sambal Nyet.
Sambal Nyet telah menjadi rebutan rakyat Malaysia sejak setahun yang lalu. Sering berkongsi maklumat perjalanan Sambal Nyet ini, dia juga pernah memuat naik satu postingan di Twitter miliknya berkenaan sambalnya telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM 1 juta dalam masa tiga bulan.
Tambahan lagi, semua orang tahu bukan senang nak dapatkan sambal ini kerana setiap hari pasti akan habis dijual.
Disebabkan permintaan yang tinggi pihak mereka sehingga kini meletekkan jumlah maksimum pembelian terhadap setiap pelanggan. Hal ini bagi mengekalkan kualiti produk yang mereka hasilkan supaya segar.
Pejam celik sudah setahun Sambal Nyet ini berada di pasaran dan hari ini di dalam laman media sosial instagram dan Twitter Khairulaming, dia berkongsikan jumlah jualan Sambal Nyet yang berjaya diperoleh dalam masa setahun.
Sambal Nyet juga telah mencapai jumlah jualan sebanyak RM 7.5 juta dalam masa setahun (6 Januari 2021- 6 Januari 2022) dengan jualan sebanyak 540,000 botol sambal.
Manakala setakat 2 Februari 2022, jumlah juala bertambah sehingga 621, 800 botol yang bersamaan dengan jumlah jualan sebanyak RM 8.6 juta iaitu jumlah jualan keseluruhan bagi tahun 2021 sehingga 2 Februari 2022.
Kira-kira pertambahan sebanyak RM 1.1 juta jumlah jualan yang diperoleh dalam masa lebih kurang sebulan lebih ini.
Tambahan lagi, dengan sambutan yang luar biasa ini jualan Sambal Nyet sehingga ke hari ini masih sold out setiap hari.
Bukan itu sahaja, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman ini turut berkongsi bahawa kilang bagi menghasilkan produk Sambal Nyet dan produk baharu di masa akan datang sudah siap dibina dan sedia digunakan.
Beliau turut berkongsi sedikit perjalanan mereka dalam menghasilkan kilang seluas 14, 000 square feet yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan tersebut kepada realiti.
Bermula dengan pelbagai jenis cubaan dan pembaikan dihasilkan hanya dari rumah, kemudian berpindah ke lot kedai, dan akhirnya memilik kilang sendiri, banyak perkara yang dilalui dan dipelajari oleh Khairulaming.
“Walaupun susah, tetapi antara sebab kenapa kilang ini dibina ialah, aku nak belajar proses pembuatan dengan sendiri,” katanya dalam video yang dimuat naik.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Sumber: TW Khairulaming, IG khairulaming