Siakap Keli
Gambar: The Guardian, Militiary Times, Human Rights Watch & WION

Russia Bakal Disiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Disyaki Lakukan Jenayah Perang

Russia bakal disiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court – ICC) di The Hague, Belanda kerana disyaki lakukan jenayah perang.

Memetik The Guardian, bekas ‘gergasi’ Soviet Union itu juga turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan dalam pencerobohan ke atas Ukraine.

Peguam British, Karim Khan berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan berpandukan siasatan terdahulu yang pernah dibuat mengenai Crimea dan Donbas tahun lepas.

“Saya sudah memberitahu kumpulan saya untuk mengumpul segala bukti yang boleh mengukuhkan lagi peluang untuk mendakwa mereka,” katanya.

Sebelum itu, Lithuania turut meminta ICC membuka kertas siasatan ke atas sebarang kemungkinan jenayah perang yang dilakukan Russia serta Belarus di Ukraine.

BACA JUGA: Desas-desus Perang Besar Bakal Tercetus, Ini Kronologi Krisis Russia – Ukraine

Perdana menterinya, Ingrida Simonyte berkata, apa yang dilakukan Presiden Russia, Vladimir Putin hanyalah pembunuhan dan tidak ada yang lain.

Oleh itu, beliau berpendapat Russia selayaknya perlu berada di bawah siasatan ICC di The Hague.

Dalam pada itu, segala bukti yang dilapor menunjukkan bahawa Russia turut disyaki menggunakan senjata-senjata mereka di bandar-bandar Ukraine.

Difahamkan, kebanyakan senjata tersebut dipercayai turut memusnahkan bangunan-bangunan di sekitar Kharkiv.

Malah, kerajaan Ukraine yang berpusat di Kyiv turut memfailkan kes terhadap Moscow untuk dibawa ke ICC.

Tambah The Guardian, Ukraine juga dilapor ingin mengheret Russia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Hal ini kerana negara itu didakwa pernah melakukan pencerobohan atas dakwaan palsu ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang dilakukan ke atas penutur Russia di Ukraine.

“Mendakwa Ruassia di ICJ merupakan satu langkah simbolik Ukraine,” dakwa Pakar Keadilan Antarabangsa Universiti Indiana, David Bosco.

Sumber: The Guardian

Nadhirah