Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai antara kita masih tidak tahu jika anda pernah dijangkiti virus Covid 19, anda layak untuk menebus ‘pampasan’ di bawah Skim Bencana Pekerjaan dalam skim perlindungan PERKESO.
Jika setiap bulan jika majikan anda melakukan permotongan insuran bulanan PERKESO automatik anda merupakan pencarum dan layak untuk melakukan penebusan di bawah Skim Bencana Pekerjaan ini jika dijangkiti virus Covid 19.
Berikut adalah faedah lain yang anda dapat nikmati jika mencarum di bawah skim perlindungan khas Skim Bencana Pekerjaan yang dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Kekal
Faedah Orang Tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa
Faedah Pendidikan
Kemudahan Pemulihan
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Perubatan
Namun sekiranya pencarum dijangkiti COVID-19 bukan dari pekerjaan dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:
Pencen Ilat
Bantuan Ilat
Elaun Layanan Sentiasa
Kemudahan Pemulihan
Pencen Penakat
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pendidikan
Cara memohon untuk menuntut faedah ini adalah sama seperti tuntutan bagi kemalangan semasa bekerja, dengan melengkapkan Borang 34 (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah)
Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan ini dengan log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama bagi Portal ASSIST.
Anda juga boleh membuat permohonan tuntutan secara manual dan dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.
Sumber: PERKESO
Baca: Mungkin Ramai Yang Belum Tahu, Ini Panduan Lengkap Cara Untuk Isi E-Filing