Siakap Keli
Gambar: Nizamiks

Mungkin Ramai Yang Belum Tahu, Ini Panduan Lengkap Cara Untuk Isi E-Filing

Setiap tahun, individu yang sudah mencukupi syarat perlu membayar cukai kepada kerajaan. Kebiasaannya, kaedah e-Filing iaitu penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui internet akan dilakukan untuk memudahkan urusan tersebut.

Setiap individu boleh melakukan e-Filing sendiri dengan melayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Untuk pengetahuan, tarikh akhir bagi e-Filing pada tahun ini adalah pada 30 April 2022.

Mungkin masih ramai yang belum tahu bagaimana untuk melakukan proses tersebut, justeru seorang pengguna Twitter yang juga Penganalisis dan Perunding Kewangan, Nizam ada berkongsikan panduan untuk mengisi e-Filing itu.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

PANDUAN ISI E-FILING 2022 (TAHUN TAKSIRAN 2021)

Deadline : 30 April 2022

Ini adalah Untuk tahun taksiran 2021 , jadi ada beberapa perbezaan dari tahun 2019/2020 ya.
Interface pon baru siap ada dashboard.

Ini adalah bebenang. Boleh RT jika bermanfaat 

Gambar: Nizamiks

Part 0 : Login dan click e-Filing 2021

  • Login ke ezHasil Website.
  • First time buat e-Filing ? Click saja First time login. Boleh apply pin online sekarang.
  • Cari e-BE Tahun Taksiran 2021.
Gambar: Nizamiks
Gambar: Nizamiks

Part 1: Isi maklumat diri dan juga pasangan.

  • Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat digalakkan buat berasingan kerana tax relief yang banyak boleh anda manfaatkan.
  • Nak buat asing-asing juga tiada masalah.
Gambar: Nizamiks

Part 2: Masukkan profile lain dan tuntutan insentif (jika ada)

  • Cukai ditanggung majikan : Kebiasannya hanya expatriate sahaja cukai mereka dibayar majikan. Boleh rujuk EA Form anda. Kalau anda pilih ya, get ready next year jumlah cukai yang perlu dibayar akan meningkat.
Gambar: Nizamiks
Gambar: Nizamiks

Part 3: Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.

  • Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.
  • Bonus + Cash Benefit from Company semua ni dikira sebagai employment income.
  • Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.
Gambar: Nizamiks

Part 4: Masukkan pelepasan cukai anda. ( Ada 3 Section)

  • Ada extra (Refer “Special for 2021)
  • Tiada lagi RM 3,000-perbelanjaan untuk ibu bapa.
  • Pembelian gadjet tambahan RM2.5k masih ada.
  • Ada tambahan tax relief untuk covid test.
Gambar: Nizamiks
Gambar: Nizamiks

Part 5: Check Rumusan.

  • Disini anda akan tahu pada kadar berapa % anda dikenakan cukai. Semakin banyak tax relief anda letak, maka makin kurang kadar cukai anda. Jadilah rakyat yang bijak
Gambar: Nizamiks

Sumber: Nizamiks

Sofea

There's always another side to every story