Siakap Keli
Gambar: Thaiger

Ubat Sembur Hidung Cegah COVID-19 Dibangunkan Saintis Thailand Dilapor Dijual Hujung Tahun Ini

Semburan hidung ‘anti COVID-19’ baharu yang dibangunkan oleh saintis di Thailand yang dikatakan mampu mencegah virus merbahaya ini dijangka akan siap dan tersedia untuk diguna pakai orang awam bermula hujung tahun ini.

Menurut laporan Thaiger, berdasarkan kajian ke atas haiwan makmal, semburan hidung tersebut berjaya menghalang virus tersebut daripada memasuki badan.

Pihak Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Universiti Silpakorn, Universiti Chulalongkorn, Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) bersama dengan sebuah organisasi biosains swasta yang tidak dinamakan sedang bekerjasama untuk menghasilkan semburan hidung tersebut.

Sejak tersebarnya virus Coronavirus ini dua tahun yang lalu, sekumpulan pengkaji telah bertungkus lumus bekerja dan membuat kajian untuk menghasilkan semburan hidung tersebut.

Pembiayaan yang diperolehi bagi meneruskan proses kajian telah ditanggung oleh sektor perniagaan dan pihak Institut Penyelidikan Perkhidmatan Manusia (HSRI) yang dikendalikan oleh kerajaan.

Satu perjanjian kerjasama telah dimeterai oleh pihak bertanggungjawab untuk mencipta semburan hidung COVID-19 ini, yang mana mungkin boleh dijadikan sebagai topik kajian secara global. Penyelidikan ini telah bergerak dengan sangat maju dan kini sudah pada tahap di mana antibodi prototaip juga sudah diperoleh dan dipatenkan.

Dr Chanchai, yang merupaka Dekan di Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn memberitahu bahawa, kini bahan kajian tersebut telah diserahkan kepada pihak sektor komersial yang akan menjalankan kajian perubatan bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Menurut Dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Dr Chanchai Sittiput semburan hidung tersebut dijangka akan siap tersedia untuk dibeli dan digunakan oleh orang ramai lebih kurang pada suku ketiga tahun ini.

Menurut laporan Bangkok Post, Pengarah HSRI iaitu Dr Nopporn Chuenklin menyatakan bahawa , semburan tersebut dikatakan berdasarkan kajian terdahulu yang menggunakan antibodi monoklonal yang dikumpulkan daripada pesakit COVID-19 yang telah pulih.

Beliau menambah bahawasanya pihak penyelidik menerima dana untuk kajian dengan tujuan untuk memastikan dan meningkatkan tahap keselamatan kesihatan orang awam dan menawarkan akses yang sama rata kepada perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai.

Sementara itu, pengarah GPO, Witoon Danwiboon berkata bahawa pihak GPO merupakan pengeluar dan pihak utama yang perolehi bekalan ubatan-ubatan yang digunakan dalam usaha memerangi virus COVID-19 ini.

Sumber: Thaiger, Bangkok Post

Zahirah